GEJALA
LEPAK DI PASAR RAYA GIANT KULIM : SATU TINJAUAN
1.0 PENDAHULUAN
Perkataan
‘lepak’ sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di Malaysia pada hari ini.
Sebelum tahun 1980-an, kita tidak pernah didedahkan dengan perkataan ini namun
sekitar tahun 1991 sehingga 1993, budaya
lepak telah mendapat perhatian yang serius di kalangan masyarakat. Budaya lepak
ini menjadi sesuatu yang tidak asing lagi kepada masyarakat terutamanya
golongan remaja dan telah menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan ianya
semakin sukar untuk dibendung. Memandangkan budaya lepak ini boleh menimbulkan
masalah kepada kita, beberapa pihak sama ada individu mahupun kumpulan telah
membuat beberapa kajian untuk melihat punca dan kesan gejala ini terhadap
masyarakat sekeliling.
Mengikut
Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan ‘lepak’
membawa maksud budaya atau tabiat atau amalan negatif di kalangan masyarakat,
seperti di kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa
melakukan kegiatan yang berfaedah. Manakala maksud ‘remaja’ pula ialah mula
dewasa atau sudah cukup umur atau akil baligh serta telah bersedia untuk
kahwin. Umur remaja pula dikategorikan dari 12 hingga 19 tahun.
Menurut
pendapat dan hasil kajian yang dijalankan oleh Samsudin (1993), perilaku lepak
tidak terhad kepada remaja bersekolah sahaja, malah lebih menular dalam
kalangan yang sudah bekerja. Di dalam hasil kajiannya juga turut melaporkan
bahawa secara puratanya seseorang pelajar atau remaja luar bandar sanggup
menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu untuk melepak. Manakala remaja di
rancangan tanah FELDA pula menghabiskan masa selama 28.4 jam seminggu dan 22.4
jam seminggu pula dilakukan oleh remaja di kota atau di bandar. Keadaan ini
juga menunjukkan bahawa budaya melepak ini tidak mengenal tempat atau
status perekitaran keluarga.
-
1 -
Perbuatan
melepak ini sudah semestinya boleh menimbulkan pelbagai gejala yang tidak sihat
kepada pengamalnya dan ianya sentiasa dipandang serong oleh masyarakat yang
tidak sukakan budaya yang terlalu bebas ini. Menurut Ann Wan Seng ,1994 (dalam
kajian yang ditulis oleh Dr. Azizi Hj Yahya, Jamaludin Ramli dan Yusof Boon) ada
menyebut bahawa tingkah laku melepak ini asalnya dimulakan oleh remaja yang
tersisih daripada masyarakat atas sebab-sebab seperti tidak mempunyai pekerjaan
sehingga menunjukkan perangai yang tidak baik dan bosan bersama keluarga.
Sementara
itu, di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15 Februari 1994 yang dipetik dari
kata-kata Datuk Dr. Abdul Hamid Othman (dalam kajian Dr. Azizi Hj Yahya dan
Nalini a/p Madavan) ada menyebut bahawa remaja melepak berasal daripada
masyarakat yang mendiami perkampungan baru sekitar bandar. Suasana dalam
keluarga dan masyarakat tersebut tidak mujud sifat tegur menegur atau
nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka tidak mempunyai
sikap hidup yang tidak mahu mencampuri hal-hal urusan orang lain. Ini juga
merupakan salah satu gejala yang sering kita hadapi pada hari ini yang mana
nilai-nilai kejiranan tidak diamalkan sesama kita.
Menurut kajian Dr. Azizi Hj. Yahya
dan Nalini a/p Madava memetik pendapat Rice dan Kobak ( dalam Shahizan Hassan,
Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin, 2004), pula mengatakan walaupun remaja
dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu
bapa, namun hubungan yang mesra di antara
ibu bapa dengan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja.
Mereka memerlukan sokongan daripada ibu bapa supaya menjadi lebih berdikari dan
cekal.
-
2 -
1.1
OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai tujuan atau
objektifnya yang tersendiri. Begitu
juga dengan kajian tentang budaya lepak yang dibuat di sebuah bandar yang baru membangun iaitu di bandar
Kulim, Kedah yang mana kawasan ini
merupakan kawasan yang baru berkembang sejak kebelakangan ini dan bersempadanan dengan negeri yang
telah maju iaitu Pulau Pinang. Antara objektifnya
ialah:
i)
Mengenalpasti iklim persekitaran di mana gejala
sosial ini berlaku.
ii)
Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya yang dikatakan
punca berlakunya gejala lepak di kalangan remaja ini.
iii)
Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar atau
remaja yang terlibat dengan budaya lepak.
iv)
Mengenalpasti pengaruh media massa yang dikatakan
pendorong utama remaja atau pelajar terlibat dengan gejala lepak.
-
3 -
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN
Apa
juga gejala sosial, jika tidak dibendung dari awal akan menimbulkan banyak masalah di belakang hari. Begitu
jugalah dengan gejala lepak ini, jika dibiarkan
berleluasa hingga ke tahap yang membimbangkan, ia boleh menjejaskan aspirasi rakyat dan kerajaan serta
wawasan negara yang sedang menuju ke arah negara
membangun dan negara maju di tahun 2020. Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat dimanfaatkan oleh:
i). Pihak kerajaan khasnya Kementerian
Pelajaran, agar dapat mengadakan satu
perancangan khas untuk pembangunan iklim persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dan meningkatkan
lagi mutu disiplin bagi menbendung masalah salah laku di kalangan pelajar.
ii). Kementerian Belia dan Sukan perlulah
mengambil berat tentang isu lepak ini
dan mengaturkan pelbagai program yang bermanfaat untuk membina sahsiah belia yang bermoral dan berakhlak terpuji
selaras dengan wawasan negara iaitu melahirkan
modal insan yang berkualiti.
iii). Pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat
Pelajaran daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri perlu memahami dan mengetahui sebab-sebab berlakunya gejala sosial seperti lepak dan mencari
langkah-langkah yang wajar dan berkesan bagi menangani
masalah ini.
iv). Ibu bapa terutamanya, perlu mengawal dan
mengawasi tingkah laku anak- anak dan
sentiasa mengambil berat akan permasalahan anak-anak ini agar tidak mudah terjerumus dalam kancah yang
tidak sihat ini.
-
4 -
2.0 SOROTAN KAJIAN
Sehingga
kini terdapat beberapa kajian tentang budaya lepak yang menunjukkan ramai
remaja terlibat dalam gejala sosial ini. Sememangnya perlakuan lepak ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala
tersebut. Menurut Kaplan, 1975 ( di dalam kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj.
Yahya dan Nalini a/p Madavan) menyatakan bahawa
budaya lepak ini adalah berkaitan dengan psikopatologi iaitu mengalami
masalah personaliti, gangguan mental, gangguan emosi, selalu anxieti atau
depresi. Didapati juga kebanyakan golongan remaja yang terlibat dalam budaya
lepak ini mempunyai masalah keluarga, sukar membina hubungan rapat dengan ahli
keluarga, keluarga yang berpisah dan berbagai lagi.
Dalam
pendapat lain, menurut Idris,2000 (dalam Samsudin Abd. Rahim) menyatakan
bahawa faktor persekitaran dan
perhubungan kekeluargaan yang menjadi pendorong kepada remaja untuk terlibat
dengan gejala lepak ini. Dalam kajiannya mendapati kerenggangan hubungan
kekeluargaan ditambah pula dengan kelonggaran agama punca menyebabkan remaja
mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Ibu bapa sebagai orang yang
paling hampir untuk membentuk anak-anak dan membimbing mereka ke jalan yang
selamat. Jika keadaan ini tidak dapat dipraktikkan, semestinya jalan yang buntu
akan ditemui.
Kajian
yang dijalankan oleh Samsudin ( menurut pendapat Hawkins dan Pingree, 1982)
mendapati bahawa gejala sosial lepak ini dipengaruhi oleh media massa iaitu
televisyen. Menurut Hawkins dan Pingree, remaja menggunakan televisyen untuk
membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana mereka tidak mempunyai
pengalaman secara langsung dan mereka hanya mengikut apa yang mereka tontoni.
Ini adalah salah satu punca remaja mencari keseronokan di luar seterusnya mula berjinak dengan melepak sambil
bertukar-tukar fikiran bersama rakan sebaya yang senasib dengannya.
-
5 -
Gejala
sosial seperti lepak ini boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran remaja itu
sendiri. Menurut Harredan Lamb,1983 (di dalam kajian Prof. Madya Dr. Azizi Hj.
Yahya dan Nalini a/p Madavan) pula menunjukkan remaja yang tidak dapat
melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya
atau guru melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial yang sesuai dengan
perasaannya, mula melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti lepak.
Pengaruh
rakan sebaya yang menyebabkan gejala lepak juga dikongsi bersama Manja, 1990
(dalam kajian Dr. Azizi Hj. Yahya, jamaludin Ramli dan Yusof Boon) yang mana
berpendapat bahawa remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai
minat yang sama. Mereka mudah berinteraksi secara terbuka kerana mereka
mempunyai kegemaran dan citarasa yang sama dan mereka menaruh kepercayaan
terhadap rakan meraka.
Menurut
kajian yang dilakukan oleh Samsudin dan Iran (1993) telah menunjukkan kepada
kita bahawa perlakuan lepak tidak terhad di kalangan pelajar atau remaja
sahaja, malah ianya boleh terjadi di kalangan orang dewasa yang telah mempunyai
pekerjaan dan mereka ini mempunyai jawapan mereka sendiri untuk terlibat dengan
gejala melepak ini. Orang-orang dewasa terutamanya di luar-luar bandar, sering
duduk di kedai-kedai kopi sambil berbual-bual kosong dengan membuang masa tanpa
mengusahakan tanah atau ladang yang terbiar. Perkara seperti ini juga perlu
dikaji untuk mencari jawapannya.
Ibu
bapa juga perlu menyedari bahawa peranan mereka sangat besar dalam menangani
masalah lepak di kalangan remaja ini. Menurut Razali, 1994 (dalam kajian Dr.
Azizi Hj Yahya, jamaludin Ramli dan Yusof Boon) telah merumuskan bahawa lepak
adalah disebabkan oleh ibu bapa yang tidak prihatin terhadap anak-anak. Selain
itu, tidak ada keharmonian di dalam rumahtangga sehinggakan anak-anak dibiarkan
bergaul bebas tanpa kawalan. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa perlu
memainkan peranan dalam menangani masalah lepak di kalangan remaja masa kini.
-
6 -
Pendapat
yang sama turut dikongsi bersama oleh Ann Wan Seng ,1994 (dalam kajian Dr.
Azizi Hj Yahya, jamaludin Ramli dan Yusof Boon) yang mana beliau turut menambah
bahawa tingkah laku melepak ini asalnya dilakukan oleh remaja yang tersisih
daripada masyarakat atas sebab-sebab seperti tidak mempunyai pekerjaan sehingga
menunjukkan perangai yang tidak baik dan bosan tinggal bersama keluarga mereka.
Sementara
itu, mengikut Sarina Othman, 1995 (dalam Dr. Azizi Yahya dan Nalini) mengatakan
bahawa pendidikan agama yang disemai sejak zaman kanak-kanak akan dapat
membentuk remaja agar mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni dalam jiwa serta dapat menolak unsur-unsur
yang bertentangan dengan ajaran agama. Remaja yang mempunyai jati diri yang
jitu tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial terutamanya lepak yang tidak
mendatangkan faedah kepada pengamalnya.
Tugas
ibu bapa dalam memantau perkembangan sahsiah serta tingkah laku anak-anak
terutama dalam golongan remaja amatlah diharapkan. Hubungan yang erat antara
ibu bapa dan anak-anak akan menjamin hubungan yang mesra dalam keluarga.
Begitulah pendapat yang diutarakan oleh Rice dan Kobak,2004 (dalam Shahizan
Hassan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin) yang berpendapat walaupun remaja
dikatakan banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa,
namun hubungan yang mesra antara keluarga tidak boleh dipandang ringan.
Berdasarkan
kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, nyatalah
bahawa terlalu banyak faktor yang boleh enyebabkan remaja mudah terpengaruh
dengan gejala lepak yang tidak mendatangkan manfaat atau faedah kepada
masyarakat ataupun kepada negara. Kita selaku masyarakat yang prihatin,
haruslah mengambil langkah yang positif dan berganding bahu bersama pihak
kerajaan untuk sama-sama menangani masalah lepak di kalangan remaja pada masa
kini.
-
7 -
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji telah
menjalankan kajian adalah berbentuk deskriptif
dan dilakukan secara tinjauan dan pemerhatian. Kaedah yang dipilih ini bersesuaian bagi mendapatkan maklumat
tentang sesuatu peristiwa atau kejadian yang
diperhatikan. Bentuk kajian ini adalah bersesuaian dengan pendapat Ahmad Lisot,1988 (dalam kajian Azizi Hj.
Yahya, Jamaludin Ramli dan Yusof Boon) yang
mengatakan bahawa kajian bentuk ini adalah amat sesuai digunakan bagi penyelidikan yang bertujuan untuk
menerangkan untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang sedang berlaku iaitu budaya lepak di kalangan remaja.
3.2 Lokasi atau populasi Kajian
Pengkaji
telah memilih sebuah pasar raya yang sering menjadi tumpuan remaja di sekitar bandar Kulim, Kedah. Bandar Kulim
merupakan sebuah bandar yang sedang
membangun dan bersempadanan dengan negeri Pulau Pinang. Selain daripada menjadi pusat membeli-belah, pasar raya
yang dipilih ini iaitu Pasar Raya Giant, juga mempunyai beberapa
kemudahan yang menjadi tarikan remaja
seperti pusat snooker, pusat bowling, mini pawagam, pusat permainan video dan mini karaoke.
Selain itu, terdapat juga beberapa buah restoran
makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Kopitiam, Sushi King, A&W dan beberapa buah restoran
lagi yang sering menjadi tumpuan para remaja
untuk melepak.
3.3 Sampel Kajian
Di dalam menjalankan kajian ini,
pengkaji telah memilih beberapa orang responden
yang dijadikan sampel iaitu seramai 10 orang remaja. Di dalam sampel itu, seramai 5 orang lelaki dan 5 orang
perempuan remaja telah dipilih secara rawak
untuk mendapatkan maklumat.
-
8 -
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen
kajian ini adalah menggunakan teknik soal-selidik yang terdiri daripada soalan-soalan kaedah Skala Likert.
Pengkaji telah memilih hari dan masa yang
sesuai untuk mendapatkan sampel atau responden yang bersesuaian dan tepat dengan masalah yang dikaji.
3.5 Kaedah Analisis Data
Data
yang dikumpulkan telah dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif iaitu menggunakan pemeratusan.
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Latar
belakang responden
Seramai
10 orang remaja telah dipilih secara rawak dan mereka secara sukarela telah memberikan kerjasama
untuk disoal selidik bagi mendapatkan maklumat
tentang kajian yang dijalankan. Pecahan daripada 10 responden tersebut adalah seperti berikut iaitu 5
orang remaja lelaki dan 5 orang remaja perempuan
dan kesemua remaja ini adalah berbangsa Melayu. Latar belakang mereka adalah seperti berikut:
4.1.1 Responden 1
Seorang
remaja lelaki berusia 18 tahun. Sedang menunggu keputusan Peperiksaan SPM. Anak tunggal dalam
keluarga. Ibu bapa bekerja dalam sektor kerajaan.
Tinggal di kawasan berdekatan dengan pasar raya yang dikaji.
4.1.2 Responden 2
Remaja
lelaki berusia 18 tahun. Rakan baik responden 1. Anak kepada seoarng pegawai bank dan ibunya seorang guru di
salah sebuah sekolah menengah di Kulim.
Sedang menunggu keputusan Peperiksaan SPM. Anak ke 3 dan merupakan anak bongsu dalam keluarga.
-
9 -
4.1.3 Responden 3
Merupakan
seorang remaja lelaki juga berusia 18 tahun dan rakan kepada responden 1 dan 2. Tinggal berhampiran
responden 2. Bapa seorang pegawai kerajaan
dan ibunya seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah rendah di bandar Kulim. Anak ke 2 daripada 3 orang adik
beradik.
4.1.4 Responden 4
Remaja
perempuan baru berusia 17 tahun. Masih bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di bandar Kulim.
Tinggal bersama seorang ibu tunggal yang mana
keluarganya telah bercerai. Ibu bekerja sebagai jururawat di Hospital Kulim dan menyara 3 orang anak yang lain.
4.1.5 Responden 5
Akan
kepada responden 4. Berusia 18 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Tinggal bersama datuk dan
nenek di sebuah kampung berhampiran
dengan bandar Kulim. Ibu dan ayah serta 3 orang adik yang lain tinggal di Perak.
4.1.6 Responden 6
Seorang
pelajar lelaki berusia 16 tahun. Digantung sekolah akibat masalah disiplin di sekolahnya. Anak ke tiga daripada 5
orang adik beradik. Ibu bapa bekerja
di sektor perindustrian di Kulim Hi-Tech Park, sebuah kawasan perindustrian yang sedang meningkat di
negeri Kedah. Mempunyai motosikal sendiri
yang dibeli oleh bapanya. Remaja ini juga didapati merupakan seorang perokok.
-
10 -
4.1.7. Responden
7
Remaja
perempuan yang berusia 19 tahun. Sudah berhenti sekolah dan sedang mencari pekerjaan. Berkawan dengan
responden 5 sejak dua tahun yang lalu.
Memiliki
motosikal sendiri walaupun tidak mempunyai pekerjaan. Bapanya seorang pekerja am di sebuah sekolah
di luar bandar Kulim. Ibunya seorang peniaga
di sebuah gerai makan di pinggir bandar Kulim.
4.1.8 Responden 8
Seorang
anak gadis berusia 18 tahun dan sedang menunggu keputusan Peperiksaan SPM. Anak ke 4 daripada empat
orang adik beradik. Tinggal di kawasan
perumahan berhampiran dengan pasar raya yang di pilih untuk kajian. Ibu bapa bekerja di dalam sektor
perindustrian di Bayan Lepas, Pulu Pinang.
4.1.9 Responden 9
Rakan
sekelas responden 8 ketika di bangku sekolah dahulu. Masih menunggu keputusan Peperiksaan SPM. Tinggal
berdekatan dengan responden 8. Ibu bapa barangan
berniaga tekstile di Butterworth. Gadis ini adalah anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik.
4.1.10 Responden 10
Remaja
perempuan berumur 19 tahun dan masih menganggur dan sedang menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran
ke kolej swasta. Ibu seorang peniaga
warung di Penanti, Bukit Mertajam manakala bapanya masih bekerja di sektor swasta di Prai, Pulau
Pinang.Walaupun bekerja di Pulau Pinang, keluarga ini tinggal di Kulim. Gadis ini merupakan anak sulung daripada 2
beradik.
-
11 -
4.2 Faktor Yang Menyebabkan Remaja Terlibat
Dalam Gejala Lepak
Rajah 1: Faktor Penyumbang Gejala Lepak Di Kalangan
Remaja
Daripada
hasil dapatan kajian ini, beberapa faktor penyebab telah dapat dikesan di mana
ianya merupakan faktor yang biasa kita dengari pada hari ini. Antara
faktor-faktor utama yang diperolehi daripada kajian ini ialah 100% adalah berpunca daripada pengaruh rakan
sebaya. Rakan merupakan faktor yang paling tinggi dalam menimbulkan gejala ini di mana mereka akan mudah terpengaruh
dengan ajakan dan perasaan untuk menolak adalah sangat rendah. Mereka tidak
mampu menolak ajakan rakan dan berminat serta tertarik dengan cerita-cerita
indah yang digambarkan oleh rakan dan perasaan ingin mengetahui dan turut
mencuba terpahat di dada mereka.
-
12 -
Memandangkan
Bandar Kulim merupakan bandar yang sedang dan baru membangun, berbagai
prasarana atau kemudahan awam didirikan atau disediakan untuk masyarakat
setempat. Pasar raya yang dibina merupakan satu ‘benda’ baru bagi mereka dan
perasaan ingin tahu meluap-luap dalam diri mereka dan menyebabkan mereka sering
berkunjung ke situ tambahan pula
disediakan berbagai bentuk hiburan yang belum pernah dirasai sebelum ini.
Faktor ini boleh juga disebut sebagai kejutan budaya atau modenisasi. Hasil
dapatan kajian menunjukkan 90% responden ingin mencari kebebasan di luar sambil
berseronok-seronok dengan rakan, manakala 80% pula ingin menikmati hiburan yang
ada di pusat-pusat hiburan seperti panggung wayang, pusat permainan video,
pusat snooker dan sebagainya.
Pengaruh
media massa juga menjadi penyebab kepada berlakunya budaya lepak di tempat yang
dikaji ini. Peranan media cetak mahupun media elektornik yang mempromosikan
pasar raya berkenaan turut menyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini.
Remaja yang datang ke situ bukanlah untuk membeli-belah tetapi sekadar untuk
melihat suasana dan bersuka-suka bersama dengan rakan sebaya di tempat-tempat
hiburan yang disediakan di situ. Peranan media ini telah menyumbang kepada 60%
penyebab berlakunya gejala lepak di kalangan remaja di sini.
Faktor yang seterusnya ialah faktor masalah
keluarga. Daripada 10 responden yang ditemu bual, 70% menyatakan ibu bapa tidak
melarang atau mengambil berat tentang perlakuan anak-anak mereka. Bagi mereka,
perlakuan ‘bersiar-siar’ tanpa tujuan adalah tidak salah dan tidak menimbulkan
apa-apa masalah. Ada juga di antara mereka ini, ibu atau bapa tidak mengetahui
langsung dan tidak pernah bertanya tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak
remaja mereka. 60% pula mengatakan mereka menghadapi tekanan jika berada di
rumah seperti pergaduhan ibu bapa, penceraian keluarga dan gangguan lain oleh
adik-beradik. 70% daripada responden juga mengatakan bahawa mereka tidak
mengamalkan tuntutan agama seperti sembahyang, puasa dan sebagaimana yang
diwajibkan ke atas umat Islam. Faktor ini juga menjadi penyumbang kepada gejala
lepak di kalangan remaja.
-
13 -
Ibu
bapa yang mengamalkan dasar ‘autoritarian’ iaitu mengenakan hukuman kepada
anak-anak juga merupakan punca kepada gejala ini. Anak-anak remaja sering
tertekan dengan peraturan yang terlalu mengongkong mereka dari begerak bebas. Ibu bapa yang terlalu membiarkan atau ibu
bapa’indulgent’ juga boleh menyebabkan anak menjadi terlalu bebas dan terjebak
dalam gejala lepak ini.
Antara
faktor sampingan lain yang turut dikesan adalah
berpunca daripada tekanan di sekolah. Ini termasuklah kurang memberi
tumpuan terhadap pelajaran, tidak faham
apa yang dipelajari, sering dimarahi oleh guru, ditertawakan oleh rakan dan
sebagainya. Faktor ini telah menyumbang sebanyak 40%.
Rajah
2: Graf menunjukkan peratusan aktiviti gejala lepak di kalangan remaja
Rajah
di atas menunjukkan peratusan aktiviti
yang sering dilakukan oleh remaja ketika berada di pusat membeli belah atau
lokasi yang dikaji. 100% remaja berminat dengan duduk dan berbual-bual
kosong.berbual kuat sambil ketawa menyumbang sebanyak 60% kepada remaja lelaki
dan 40% remaja perempuan. 80 % remaja
lelaki pula gemar mengganggu pengunjung terutama pengunjung wanita atau anak
gadis. 80% remaja lelaki dan 40% remaja perempuan gemar memakai pakaian ‘rugged’.
Manakala sebanyak 40 remaja lelaki gemar berada di pusat ‘siber café’ dan
membuang masa di situ.
60%
remaja lelaki dan perempuan gemar merayau-rayau di pusat membeli belah tanpa
tujuan. Kegiatan merokok juga menunjukkan peratusan yang tinggi di kalangan
remaja lelaki iaitu sebanyak 80% dan remaja perempuan 40%. Perlakuan seperti
bermain gitar dan menari’shuffer’ pula dikuasai oleh remaja lelaki iaitu
sebanyak 40% dan 60%. Aktiviti membeli belah dan ‘window shooping’ pula
digemari oleh remaja peremp[uan iaitu
sebanyak 80%.
4.3 Perkaitan Gejala Lepak Dengan Proses
Sosialisasi
Gejala lepak ini
boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada remaja jika mereka tidak tahu mengawal diri serta
menurut kata hati dan perasaan serta tidak mempunyai
pertimbangan yang waras dalam norma-norma hidup. Antara perlakuan yang boleh terjadi jika gejala ini tidak dibendung ialah
seperti:
4.3.1 Meningkatkan kadar ponteng sekolah di
kalangan pelajar
Pelajar
atau remaja yang sering terlibat dengan gejala lepak ini selalunya akan terlibat dengan perlakuan ponteng
sekolah. Mereka tidak segan-silu untuk melakukan ponteng demi memenuhi keinginan
untuk berseronok dengan rakan di luar.
4.3.2 Menggalakkan
perbuatan zina
Remaja
yang terlibat dengan lepak ini kebiasaannya terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa
batasan. Keadaan ini akan mengundang kepada
perlakuan yang tidak diingini seperti penzinaan dan kemungkinan akan berlaku kejadian pembuangan bayi.
-
15 -
4.3.3 Meningkatkan perlakuan merokok dan terlibat
dengan dadah
Remaja
yang bebas ini mudah mengikut serta melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti merokok. Atas rasa
kebebasan, mereka juga mungkin akan terdedah
dengan penglibatan pengambilan dadah serta pengambilan alkohol.
4.3.4 Kejadian mencuri atau meragut
Bagi
mendapatkan wang dan memenuhi keperluan mereka untuk bergaya atau sebagainya, para remaja ini akan melakukan
apa saja termasuk mencuri atau meragut.
4.4 Kesan Masalah Lepak Kepada Masyarakat
Sudah
semestinya, sesuatu gejala sosial akan menimbulkan masalah kepada masyarakat. Begitu juga dengan budaya
lepak ini, yang mana sedikit sebanyak telah
meninggalkan kesan yang kepada masyarakat, keluarga dan bangsa. Antara kesan-kesan yang boleh dilihat adalah seperti:
4.4.1 Merenggangkan hubungan kekeluargaan
Remaja
yang sering melepak ini kebiasaannya akan menghabiskan masa yang banyak berada di luar. Oleh yang
demikian, masa bersama keluarga adalah sangat terhad
dan keadaan ini akan merenggangkan lagi hubungan di dalam kekeluargaan.
4.4.2 Kejatuhan moral remaja
Remaja
yang berpeleseran dan duduk melepak akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Sikap mereka ini akan
dinilai oleh masyarakat dan ia menyebabkan
moral mereka tercemar tambahan pula jika mereka membelakangkan nilai-nilai keagamaan.
-
16 -
4.4.3 Mewujudkan jurang sosial antara masyarakat
Golongan
remaja yang selalu melepak ini akan dipinggirkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian wujudlah perbezaan
atau jurang antara remaja dengan orang yang
lebih berumur. Keadaan menjadi lebih ketara jika remaja seperti ini tidak pandai mengambil hati orang tua atau tidak
menghormati adat dan budaya masyarakat.
4.4.4. Melahirkan generasi muda yang lemah dan tidak
produktif
Remaja
yang sering melepak ini akan mencerminkan sikap mereka yang tidak berminat untuk berjaya dan tidak
mempunyai daya saing untuk maju. Mereka ini akan
dilihat sebagai golongan yang lemah dan tidak menguntungkan masyarakat dan negara dan tidak menghasilkan sebarang
keuntungan kepada negara.
4.5 Cara Menengani Masalah Lepak
Bagi
menangani masalah lepak di kalangan remaja bukanlah satu tugas yang ringan dan
boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Tugas ini perlu melibatkan banyak
pihak termasuk masyarakat, nilai hidup, nilai budaya dan yang penting sekali
ialah agama. Dengan adanya kerjasama dan sikap prihatin daripada masyarakat,
ibu bapa, kerajaan, Kementerian Pelajaran dan individu perseorangan, masalah
ini boleh diatasi sekiranya kita sedar bahawa gejala lepak ini boleh
meruntuhkan akhlak anak-anak muda dewasa ini.
Berikut
adalah cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah ini:
4.5.1 Memberi didikan agama kepada anak-anak
Dalam
soal ini, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak dengan memberikan pengetahuan agama
sejak kecil lagi. Selain itu, ibu bapa
sendiri perlulah menjadi ‘role model’ kepada anak-anak dalam soal keagamaan ini serta bertanggungjawab
untuk menyampaikan nilai-nilai murni kepada
anak-anak.
- 17 -
4.5.2 Memperkukuhkan institusi kekeluargaan
Ibu
bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Institusi kekeluargaan akan musnah jika sesebuah
keluarga sentiasa berada dalam porak peranda,
bercerai-berai dan anak-anak terbiar. Ibu bapa haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang penuh dalam mendidik
dan membentuk sahsiah anak-anak Tugas ibu bapa bukan sekadar menyediakan
tempat tinggal dan memberi kepentingan
material sahaja, malah lebih dari itu seperti menjaga jiwa dan rohani anak-anak agar menjadi insan kamil.
4.5.3. Membentuk Generasi Muda Yang Cemerlang
‘Pemuda
tiang negara, pemudi harapan bangsa’ patut disemai dalam jiwa anak- anak muda agar mereka sayang akan diri
sendiri, keluarga, bangsa,negara dan yang
paling penting menjaga maruah agama yang tercinta. Perasaan tanggungjawab ke atas diri sendiri dan
berupaya membina insan yang berdaya saing,
berdaya tahan, bersikap kreatif serta inovatif serta mempunyai jati diri, perlu dipupuk dalam diri remaja agar melahirkan
modal insan yang cemerlang di masa
hadapan.
4.5.4 Keberkesanan Sistem Pendidikan
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dihasratkan oleh kerajaan tidak akan tercapai jika muda-mudi tidak dapat
mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung
di dalamnya. Kecemerlangan emosi, jasmani, rohani dan intelektual seseorang akan terserlah jika
nilai-nilai murni yang diterapkan dapat dihayati dan diamalkan oleh remaja. Nilai-nilai murni berlandaskan keagamaan
perlu disemai dan dipupuk sejak
dari bangku sekolah rendah lagi. Kita tidak mahu berlaku seperti kata pepatah, apabila ‘nasi sudah
menjadi bubur’, dan usaha perlu dilakukan
sekarang, kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
-
18 -
5.0 PENUTUP
Berdasarkan
daripada pendapat-pendapat yang dinyatakan di atas, bolehlah dikatakan bahawa
budaya lepak ini sememangnya mendatangkan banyak kesan negatif kepada
masyarakat dan kepada remaja itu sendiri. Dalam hal ini, kesedaran sivik
perlulah ditanam dalam jiwa remaja bagi melahirkan insan yang benar-benar
bermaruah dan berusaha ke arah kesejahteraan negara. Menurut Schlozman, Verba
& Brady, 1999, (dalam Ezhar Tamam, Jusang Bolong, Zamre Yaakob dan Mohamad
Rezal Hamzah,2008). Masyarakat seperti pihak berwajib, ibu bapa, guru mahupun
NGO perlu melakukan sesuatu bagi membendung gejala yang tidak sihat ini agar tidak
terus berleluasa. Memandangkan budaya
lepak ini melibatkan para remaja, adalah baik jika ianya dapat dibendung dari
awal kerena kemajuan negara di masa hadapan adalah bergantung kepada modal
insan yang ada sekarang. Walaupun perkataan melepak ini membawa maksud yang
tidak menyenangkan, namun dari sudut lain kita perlu melihat bahawa melepak
pada hari tidak boleh disalahtafsirkan kerana melepak pada hari ini membawa
banyak erti dan tujuan seperti untuk berhibur, berkenalan, menenangkan fikiran
dan bersuka ria. Namun begitu, ianya bukanlah boleh dipandang ringan dan bebas
untuk dibiar serta diamalkan tetapi perlu sentiasa dipantau agar gejala ini
tidak terus menjadi ‘duri di dalam daging’.